Kelayakan minimun SPM ke perkhidmatan awam, dorong murid tamat sekolah

Kelayakan minimun SPM ke perkhidmatan awam, dorong murid tamat sekolah

Kelayakan minimum dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dapat menjadi pendorong murid untuk menamatkan persekolahan sekurang-kurangnya sehingga peringkat berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kelayakan minimum dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dapat menjadi pendorong murid untuk menamatkan persekolahan sekurang-kurangnya sehingga peringkat berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan murid melengkapkan persekolahan peringkat menengah dan menangani keciciran murid.

“Inisiatif untuk memperluaskan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada calon dengan kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula membuktikan komitmen kerajaan untuk menggalakkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ia membuka laluan lebih luas kepada graduan Kolej Vokasional KPM untuk meneroka peluang pekerjaan dalam sektor awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada SPM atau setara.

Fadhlina berkata, usaha untuk memperkenalkan kerangka Iltizam Kecekapan Pentadbiran sebagai mekanisme pengukuran tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan, dapat membantu meningkatkan produktiviti seluruh warga KPM.

Katanya, agenda Reformasi Pendidikan yang sedang dilaksanakan KPM memerlukan komitmen jitu daripada seluruh warga pendidikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang telah bersetuju melaksanakan pelarasan gaji.

“Pengumuman ini memberi manfaat kepada hampir 500,000 orang guru dan kakitangan KPM.

“KPM bertekad untuk meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan di setiap peringkat dan mereformasikan pendidikan negara seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN