Kehadiran Tun Mahathir curi tumpuan, duduk bersama orang awam

Kehadiran Tun Mahathir curi tumpuan, duduk bersama orang awam Hari Kebangsaan 2024

MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan orang ramai ketika hadir sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pada usia 99 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lagi bersemangat turun ke Dataran Putrajaya dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Bekas Perdana Menteri itu dilihat hadir di Dataran Putrajaya dengan menarik kereta Proton X70 diiringi pegawai pengiring.

Dr Mahathir dilihat memberhentikan kenderaannya berhampiran Menara Prisma sebelum turun menyantuni orang awam yang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 pagi ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk menyantuni orang awam yang berada berhampiran menara yang menempatkan Kementerian Ekonomi itu.

Orang awam yang berada di situ turut mengambil peluang bergambar kenangan dan bersalaman dengan negawaran itu.

Malah, tidak kurang yang bersorak gembira sambil menyambut kedatangan tokoh pemimpin itu.

Menerusi rakaman video secara langsung yang dikongsi Dr Mahathir menerusi laman Facebook menunjukkan orang awam teruja dengan kehadiran negarawan itu.

Ketika rakaman itu dibuat, majlis sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 masih berlangsung.

Malah, Dr Mahathir turut dilihat merakam gambar kenangan sambil mengibar Jalur Gemilang berlatarbelakangkan pergerakan perarakan aset ketenteraan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya