Kedudukan Mohd. Shukri sebagai MB masih kukuh, desas-desus spekulasi nakal - Utusan Malaysia

Kedudukan Mohd. Shukri sebagai MB masih kukuh, desas-desus spekulasi nakal

ASRUL AIMRAN ABD. JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kedudukan Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar disebalik desas-desus beliau bakal meletakkan jawatan masih kukuh dengan barisan Exco turut memberi sokongan padu menjalankan pentadbiran seperti biasa.

Exco kerajaan negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, barisan Exco sentiasa memberi sokongan padu kepada Menteri Besar bagi meneruskan gerak kerja yang dirancang.

Katanya, isu-isu yang dibangkitkan seperti ini sama sekali tidak akan melemahkan pentadbiran kerajaan negeri dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Desas-desus seperti ini hanya spekulasi nakal untuk memburukkan nama, mencetuskan tanggapan buruk dan mencipta pemikiran yang tidak baik kepada pemimpin dan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, Pas tidak pernah mengarahkan Mohd. Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri meletakan jawatan sebagai Menteri Besar.

Seterusnya, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menasihatkan Mohd. Shukri untuk tidak melayan desas-desus seperti itu.

Terdahulu, wujud desas-desus termasuk laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa bakal berlaku perubahan dari segi kepimpinan Menteri Besar yang mana Mohd Shukri dikhabarkan akan meletakkan jawatannya menjelang Ogos atau September.

Namun, Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis menafikan khabar angin itu selain tidak mengetahui mengenai kewujudan desas desus itu.

Sementara itu, Asrul Aimran yang juga Ketua Penerangan Pas negeri berkata, desas-desus seperti itu bukan perkara baharu sejak gabungan PN berjaya membentuk kerajaan negeri pada 2022 dengan sentiasa menjadi mainan pihak lawan.

Katanya, kepemimpinan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dan sentiasa meletakkan kepercayaan penuh terhadap keputusan parti di peringkat Pusat.

“Kita sentiasa menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar. Menteri Besar dilihat sentiasa menghormati keputusan parti dan hierarki parti dan kerajaan dalam menjalankan tugas.

“Sekarang adalah masa untuk Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat terus fokus kepada kerja dan menyantuni rakyat serta berusaha memajukan negeri

“Ahli Pas pula dinasihatkan tidak melayani sebarang spekulasi dan khabar angin seumpama ini. Terus bantu untuk menaikkan nama Perlis setanding negeri lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya