Kasihan pelakon senior memandu sendirian, pulang lewat malam - Utusan Malaysia

Kasihan pelakon senior memandu sendirian, pulang lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafreez Adam, prihatin terhadap keadaan dan keselamatan aktor senior yang terpaksa bekerja lebih masa di set penggambaran.

Jelas Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, kebanyakan pelakon yang sudah berusia akan memandu kereta sendirian ke set penggambaran, justeru khuatir sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini ketika perjalanan pulang.

“Kebanyakan pelakon senior datang ke set memandu kereta sendiri, bayangkan mereka yang sebaya mak dan ayah kita datang awal ke set. Tapi penggambaran belum mula sebab kena tunggu yang lain datang lambat.

“Bila penggambaran mula lambat, jadi habis pun lewat dan terpaksa kerja lebih masa. Bahaya juga sebab mereka pulang sendirian. Jadi, kebajikan mereka perlu kita ambil kira.

“Setiap manusia perlukan rehat. Cuma perhatian perlu kita lebihkan sedikit kepada mereka,” katanya.

Hafreez mengulas mengenai perkongsian pelakon, Norlia Ghani, 75, yang menegur tindakan segelintir penerbit mengerah artis menjalani penggambaran sehingga 12 jam sehari.

Oleh itu, pelakon Malang Si Puteri berharap agar kata sepakat daripada pihak berwajib dapat diperoleh untuk melaksanakan undang-undang khusus melibatkan jam kerja artis.

“Saya tidak salahkan produksi kerana faham mereka juga mengejar tarikh akhir penggambaran. Contohnya saya pernah jalani penggambaran hari ini, sebab kena kejar tarikh tayangan minggu hadapan.

“Jadi mahu atau tidak, memang kena buat. Sangat ‘sakit’ sampai kami pun para pelakon hanya tidur dalam set sahaja.

“Tapi benda ini perlu dibincangkan antara persatuan untuk cari jalan penyelesaian. Perkara ini penting sebab kita bukan kerja untuk mati, tapi mahu kerja untuk hidup,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sebelum ini, Norlia Ghani berkongsi jadual kerja tidak seimbang membuatkan artis jatuh sakit kerana tidak memperoleh rehat yang cukup.

Untuk rekod, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sudah merancang membuat kontrak standard melibatkan kru, pelakon dan penerbit.

Kontrak berkenaan dikatakan mengandungi klausa terperinci berhubung isu kerja lebih masa yang sepatutnya sudah dilaksanakan tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya