GERIK: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa cabul datuk saudaranya dalam kejadian di sebuah pondok di Kampung Kenayat dekat sini. Perbuatan keji lelaki berusia 54 tahun itu terbongkar selepas kanak-kanak berusia enam tahun itu memberitahu ibunya berkaitan kejadian tersebut . Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ibu kanak-kanak terbabit yang menyedari perubahan sikap anaknya telah bertanya kepada mangsa sebelum dia memaklumkan bahawa kemaluannya dipegang datuk saudara. Katanya, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku di sebuah pondok rehat yang terletak di hadapan rumah. “Kejadian cabul itu berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya