PETALING JAYA: Kakak kepada Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datin Rodziah Arshad, 82, menghembuskan nafas yang terakhir akibat kanser paru-paru.
Berita duka itu dimaklumkan anaknya, Razman Azrai Zainudin atau Atai mengatakan ibunya pergi dengan tenang pada pukul 12.08 tengah hari, hari ini.
“Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawat mak, mendoakan atau siapa saja yang mengingati mak, termasuk individu yang menjadi sebahagian dalam hidup mak.
“Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang beriman,
“Saya sedih kerana teringat arwah pernah menjaga Cokman (Sudirman). Kini, kedua-duanya sudah tiada,” katanya.
Jenazah akan dimandikan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum dikebumikan di Temerloh, Pahang. -UTUSAN