Kain rentang penuh insaf, ingatan supaya jangan buang sampah

Kain rentang penuh insaf, ingatan supaya jangan buang sampah

KAIN rentang dipasang di tepi laluan alternatif penduduk dari Kampung Limau Manis, Desa Putra, Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Mungkin pemilik tanah atau penduduk setempat sudah hilang sabar dengan tindakan segelintir individu yang terus membuang sampah di kawasan itu.

Itu dapat digambarkan menerusi paparan doa pada kain rentang yang disifatkan penuh ‘insaf’ dan ‘pedih’ dipasang atas sebuah tanah dipercayai milik persendirian berdekatan Kampung Limau Manis, di sini.

Tertera pada kain rentang itu ialah sepotong doa, ‘Ya Allah, Jadikanlah aku miskin tujuh keturunan jika membuang sampah di sini’.

Potongan doa itu sudah cukup menggambarkan rasa marah penduduk terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di situ.

Tinjauan di lokasi itu mendapati, kain rentang itu dipasang di tepi laluan alternatif penduduk dari Kampung Limau Manis, Desa Putra dan kawasan sekitar untuk ke Lebuh Wadi Ehsan.

Selain itu, tinjauan mendapati tiada sampah baharu dilihat di kawasan itu kecuali sisa sampah sarap dan sisa binaan yang telah dikambus serta diratakan.

Seorang penduduk setempat yang mahu dikenali sebagai Kamarul, 35, berkata, kain rentang itu dipasang beberapa bulan lalu sebagai peringatan dan larangan untuk membuang sampah di situ.

Katanya, dia tidak pasti sama ada tanah itu milik persendirian atau tidak, namun tindakan (gantung kain rentang) itu tepat sebagai amaran dan peringatan tegas.

“Kawasan itu berdekatan dengan lereng bukit dan penduduk sekitar suka membuang sampah di situ sebelum ini selain sisa-sisa binaan,” katanya.

Katanya, kawasan itu terletak kira-kira 50 meter daripada Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis dan agak tersembunyi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya