Kain rentang 60 meter dicap tapak tangan sempena merdeka

Kain rentang 60 meter dicap tapak tangan sempena Hari Kebangsaan

MURID dan guru SK Kampung Ayer Hitam di Teluk Intan menunjukkan kain rentang yang dicap dengan tapak tangan yang dihasilkan sempena Hari Kebangsaan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Ayer Hitam, Langkap dekat sini tidak mahu ketinggalan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menghasilkan kain putih sepanjang 60 meter yang dicap dengan tapak tangan murid, guru serta kakitangan sekolah.

Guru Besar SK Kampung Ayer Hitam, Rosnah Mat Zain berkata, mereka bersama-sama menghasilkan kain dengan cap tapak tangan berwarna merah dengan kos RM250.

“Biasanya setiap kali sam­butan Hari Kebangsaan, Jalur Gemilang menjadi pilihan untuk memeriahkan suasana termasuk dipasang di sekitar kawasan sekolah.

“Kami memang ada me­ngibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah, namun untuk kelainan, kami menghasilkan kain rentang sepanjang 60 meter yang dicap dengan tapak tangan setiap daripada kami di sekolah termasuk pekerja kebersihan.

“Bagi kami, cap tapak ta­ngan ini melambangkan perpaduan dan semangat cintakan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya