Kabinet lulus permohonan semakan elaun doktor ‘on call’ - Utusan Malaysia

Kabinet lulus permohonan semakan elaun doktor ‘on call’

On call
DZULKEFLY Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan permohonan semakan semula elaun pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ supaya ia dinaikkan berbanding kadar semasa dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kadar tersebut bagaimanapun dijangka akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025, namun sudah pun mendapat maklum balas positif daripada Kabinet.

“Memang kita sudah maklumkan kepada Kabinet. Kita sudah dapat maklum balas positif daripada Kabinet dan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Cumanya kita menantikan amaunnya.

“Jawapannya adalah ya, keputusan sudah dibuat. Kalau amaun kita kena tunggu masa bajet (Belanjawan 2025), katanya kepada pemberita selepas pada Majlis Pelancaran Projek MyGenom, hari ini.

Jelasnya, komitmen itu juga dibuat berdasarkan manifesto Pakatan Harapan (PH), untuk memastikan kebajikan penjawat awam khususnya petugas perubatan dan apabila Kabinet meluluskan perkara tersebut ia akan dilaksanakan.

“Banyak dokumen dan rang undang-undang, kita akan buat berdasarkan perancangan. Kami (menteri) sebagai anggota kabinet komited dan sejurus mendapatkan komitmen daripada Kabinet, kita akan laksanakan,” tegasnya.

Terdahulu, Dzulkefly dilapor menyokong cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas ‘on call’ dan diangkat kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata, kadar elaun itu perlu dinaikkan dan kementerian turut menyatakan pandangan sama berhubung perkara tersebut.

HDK sebelum ini dilapor menyatakan semakan elaun doktor bertugas dalam panggilan perlu diselaraskan sejajar dengan penyelarasan gaji yang dilaksanakan bagi kakitangan awam seperti diumum Perdana Menteri.

Katanya, kadar elaun berkenaan tidak disemak selama lebih sedekad dengan kali terakhir disemak pada 2012, tidak lagi mencukupi memandangkan peningkatan tanggungjawab dan tekanan inflasi yang dihadapi oleh profesional perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya