Juruukur bahan didenda RM12,500 terima rasuah motosikal

Juruukur bahan didenda RM12,500 terima rasuah motosikal

MALIKE Mohamed (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang juruukur bahan universiti awam didenda RM12,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menerima suapan termasuk sebuah motosikal Y15ZR.

Hakim Mohd. Azhar Othman membuat keputusan itu setelah Malike Mohamed, 52, mengaku bersalah atas lima pertuduhan pilihan yang ditawarkan daripada sembilan yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Malike sebelum ini didakwa atas lapan pertuduhan iaitu secara rasuah menerima suapan wang tunai berjumlah keseluruhan RM14,500.

Suapan itu diterima sebagai dorongan melancarkan tuntutan bayaran daripada sebuah syarikat kepada universiti berkenaan berkaitan kerja-kerja rasmi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu antara Mei 2019 hingga Julai 2020.

Tertuduh mengaku bersalah atas lima pertuduhan pilihan manakala baki tiga lagi diambil pertimbangan selaras peruntukan Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Ke­seksaan (KK) menerima barangan berharga dengan tiada balasan iaitu sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Kampung Mengabang Tengah, Kuala Terengganu pada 2019.

Mahkamah menjatuhkan hu­kuman denda RM2,500 bagi setiap pertuduhan pilihan dan dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Mahkamah turut mengarahkan motosikal Yamaha Y15ZR itu dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia manakala pasport dan wang jaminan turut dipulangkan semula kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob manakala tertuduh diwakili Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN