Jurutera JPS hilang ditemukan selamat

Jurutera JPS hilang ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang  jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dilaporkan hilang selepas keluar bekerja sejak 10 hari lalu ditemukan selamat semalam.

Isteri mangsa, Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, berkata, dia bersyukur kerana suaminya, Faizal Ahmad, 39, juga berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menurutnya, dia bagaimanapun tidak dapat berkongsi maklumat berhubung penemuan suaminya itu atas sebab peribadi dan hal keluarga.

“Saya bersyukur suami saya ditemui. Saya tidak boleh berkongsi dengan lebih lanjut tentang kes ini.

“Tetapi, saya ingin mengesahkan bahawa dia berada dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Mengulas lanjut, Nurul Ain memberitahu, keluarganya juga sudah memaklumkan penemuan Faizal kepada pihak polis.

Kata wanita itu, dia berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan rakan-rakan media yang sudi menghebahkan berita kehilangan suami  sehingga suaminya berjaya ditemui.

Utusan Online semalam seorang jurutera di JPS dilaporkan hilang selepas keluar bekerja sejak 10 hari lalu.

Faizal kali terakhir dilihat memakai baju uniform jabatan tersebut kira-kira pukul 8.34 malam pada 16 Ogos lalu di sekitar Istana Balai Besar di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu kira-kira pukul 11.42 pagi kelmarin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN