SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selesai dikafankan di Hospital Shah Alam (HSA) di sini dan kini dibawa ke ke Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, hari ini.
Van jenazah meninggalkan pekarangan unit perubatan forensik hospital berkenaan kira-kira pukul 5.03 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat jasad Muhammad Nidza Afham atau dikenali sebagai Nidza Afham, 23, selesai kira-kira pukul 4 petang.
Lebih 20 ahli keluarga serta rakan Allahyarham berkumpul di HSA sejak pukul 8 pagi, menunggu proses bedah siasat selesai serta mahu mengikuti perkembangan kes berkenaan dengan lebih dekat.
Hujan renyai mengiringi perjalanan terakhir jenazah ke masjid serta tanah perkuburan. – UTUSAN