Jenazah Muslim dari KL akan dikebumi di Semenyih

Jenazah Muslim dari KL akan dikebumi di Semenyih

MOHD Na'im Mokhtar merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di Kompleks Islam, Putrajaya.- UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jenazah masyarakat Islam di Kuala Lumpur tidak lama lagi bakal dikebumikan di sebuah kawasan perkuburan baharu diwartakan pihak kerajaan di Semenyih, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tapak perkuburan baharu tersebut dengan keluasan hampir 90 hektar itu bakal diuruskan sendiri sepenuhnya oleh Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Saya difahamkan bahawa tanah kubur yang sedia ada di Kuala Lumpur pada ketika ini hanya dapat bertahan sehingga enam tahun sebelum kesemua lot itu penuh.

“Saya diberitahu bahawa pihak kerajaan telah pun mengurniakan kepada Jawi dengan satu kawasan agak luas di Semenyih,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah 2024, di sini hari ini.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail ketika berucap pada program itu mendedahkan bahawa tanah perkuburan Islam di lokasi kepadatan tinggi di Kuala Lumpur hampir penuh.

Sehingga Julai lepas, penggunaan tanah kariah masjid untuk tujuan itu sudah mencapai 83 peratus dengan baki tinggal cuma 9,957 lot daripada keseluruhan sebanyak 61,235 lot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN