Jangan panjangkan isu - Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Jangan panjangkan isu – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berharap kisah peribadinya itu tidak lagi menjadi bualan orang ramai dan dipanjangkan lagi isu berhubung perceraiannya.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51 turut memohon maaf kerana tidak memberikan sebarang respons berkenaan isu cerai talak satu dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

“Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respons pada isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.

“Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan,” luahnya.

Penyanyi Desa Tercinta dan Secebis Harapan itu membuat kenyataan tersebut di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, ibu empat cahaya mata ini berkata, hubungannya bersama bekas suaminya baik-baik sahaja sebelum ini dan dia berlapang dada menerima apa yang sudah pun berlaku itu.

“Sebelum ini, hubungan kami baik-baik saja (dengan bekas suami). Alhamdulillah, saya berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT.

“Mungkin ini yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua,” katanya.

Terdahulu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram milik penyanyi itu.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya