Jangan bandingkan dengan Siti Sarah - Dayang Nurfaizah - Utusan Malaysia

Jangan bandingkan dengan Siti Sarah – Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dayang Nurfaizah enggan ambil pusing terhadap komen netizen yang membandingkan cara nyanyiannya membawakan lagu Kesetiaan pada konsert Ajai & Mega Friends dengan gaya persembahan penyanyi asal, arwah Siti Sarah Raisuddin.

Kata penyanyi berusia 43 tahun itu, perbandingan adalah perkara normal yang perlu dihadap mana-mana penyanyi yang membawakan lagu penyanyi lain.

Justeru ujar Dayang, pandangan netizen perlu diterima secara terbuka dan diambil daripada sudut positif.

“Arwah Siti Sarah sampaikan lagu itu dengan caranya sendiri, begitu juga saya. Tapi saya tak mahu ambil serius perbandingan yang ditimbulkan netizen mengenai cara kami bawakan lagu itu.

“Saya hanya fokus pada niat asal saya yang mahu menyampaikan lagu itu untuk arwah. Saya mahu dedikasikan Kesetiaan untuknya,” kata Dayang yang ditemui selepas konsert tersebut.

Dayang pada konsert yang diadakan Sabtu lalu itu menyampaikan dua lagu termasuk single yang dipopularkannya iaitu Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai.

Peminat bagaimanapun saling bertelagah, membanding-bandingkan cara nyanyian Dayang dan arwah Siti Sarah untuk lagu tersebut sebaik sahaja video persembahan Dayang pada konsert berkenaan tular di TikTok.

Mengulas lanjut, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizab Awang Dowty memaklumkan dia cukup menghormati pencipta dan penyanyi asal lagu berkenaan dan disebabkan itu tidak terlalu mengubah susunan dan penyampaian ketika menyanyikan lagu berkenaan di konsert tersebut.

“Saya pilih untuk menyanyikan Kesetiaan di konsert tersebut kerana ianya lagu kegemaran yang sebelum ini belum pernah saya nyanyikan.

“Bila sampaikan, saya persembahkan cara saya tanpa terlalu mengubah susunan asal lagu itu.

“Lagu Kesetiaan tersimpan emosi yang berat, saya kawal emosi walau pun sebak ketika membawakannya,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN