Jalur Gemilang gergasi

Jalur Gemilang gergasi

WARGA Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Indah, Johor Bahru menunjukkan Jalur Gemilang gergasi yang digantung di bangunan sekolah itu sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-67 dan Bulan Kebangsaan. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARGA Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Indah, Johor Bahru menghasilkan Jalur Gemilang gergasi bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-67 dan Bulan Kebangsaan.

Ia dihasilkan menerusi jahitan 70 guru dan kakitangan sekolah itu yang bersepakat dalam menyediakan bendera bersaiz 20 meter lebar dan 10 meter tinggi. Usaha menyiapkan bendera bersaiz gergasi itu turut mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Idea menghasilkan bendera itu dicetuskan Guru Besar SK Taman Pelangi Indah, A.Kumaran setelah mendapat sokongan dan persetujuan guru-guru, sebelum digantung di tingkat tiga bangunan utama sekolah.

Kerja dan proses menjahit mengambil masa selama 23 hari dan mempunyai tujuh fasa dengan menggunakan mesin jahit elektrik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya