TANJUNG MALIM: Hujan lebat sejak petang menyebabkan berlaku kejadian jalan runtuh di Jalan Slim River – Behrang Ulu, Slim River di sini hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bencana itu melibatkan jalan sepanjang empat meter yang menyebabkan akses penduduk sekitar terjejas. “Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8 malam tadi yang menyebabkan laluan ditutup demi keselamatan orang awam,” katanya di sini hari ini. Pihak polis dan bomba ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan. Difahamkan setakat ini tiada laporan kemalangan atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya