Jalan lama ‘timbul’ selepas air empangan Teluk Bahang susut

Jalan lama ‘timbul’ selepas air empangan Teluk Bahang susut

JALAN lama yang menghubungkan Teluk Bahang ke Balik Pulau (anak panah merah) timbul semula akibat cuaca panas dan kering yang berpanjangan di sekitar Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang. –UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Cuaca panas dan kering yang berlarutan memberi kesan kepada Empangan Teluk Bahang yang merupakan salah satu daripada empangan utama membekalkan air kepada pengguna di Pulau Pinang khususnya di sebelah pulau.

Penyusutan paras air di empangan tersebut pada masa ini turut menyebabkan sebatang jalan lama yang menghubungkan Teluk Bahang ke Balik Pulau timbul.

Difahamkan, jalan berkenaan wujud sebelum Empangan Teluk Bahang dibina iaitu pada tahun 1990-an dan hanya boleh dilihat semula apabila air empangan menyusut.

Seorang penduduk tempatan, Mohd. Danial Ali, 40, berkata, jalan lama itu timbul sekiranya tidak hujan dalam tempoh yang lama di kawasan empangan.

“Jalan lama itu sebenarnya telah beberapa kali timbul dalam tempoh setahun dua ini kerana musim panas dan kering yang berpanjangan.

“Untuk pengetahuan, sebelum empangan ini dibina, kawasan di sekitar empangan adalah laluan utama penduduk untuk ke Balik Pulau dan selepas adanya empangan, jalan ber­kenaan ditenggelami oleh air.

“Jalan baharu kemudian dibina untuk menghubungkan Balik Pulau dan Teluk Bahang,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melalui laman sesawangnya memaklumkan, kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang masih menunjukkan trend menurun ketika ini.

Katanya, dalam tempoh ku­rang seminggu, empangan tersebut merekodkan penurunan sebanyak 0.8 peratus iaitu daripada 27.4 peratus pada Khamis lalu kepada 26.6 peratus, semalam.

Terdahulu iaitu pada 2 Ogos yang lalu, PBAPP turut mengadakan solat hajat istisqa di pekarangan Empangan Teluk Bahang bagi memohon hujan berikutan cuaca kering yang berpanjangan sehingga menyebabkan kapasiti efektif di empangan berkenaan menyusut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya