Jakim beri sokongan psikospritual rakyat Palestin dibawa ke Malaysia

Jakim beri sokongan psikospritual rakyat Palestin dibawa ke Malaysia

MOHD. Na'im Mokhtar beramah mesra selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di Kompleks Islam, Putrajaya. -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memberikan perkhidmatan sokongan berbentuk psikospiritual lebih 100 rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sokongan itu amat diperlukan

kepada mereka yang trauma melihat sendiri pembunuhan kejam anggota keluarga dan saudara di tanah air.

“Jakim memang mempunyai kepakaran dalam bantuan sedemikian dan bersedia menyalurkan perkhidmatan itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan nanti,” katanya

selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah 2024 di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Semalam, dua pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka telah selamat mendarat dari Mesir di Pangkalan Subang, Selangor.

Pada masa sama, Mohd. Na’im menasihati penyokong tegar parti-parti politik tertentu berhenti memperlekeh usaha positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu rakyat Palestin cedera untuk dibawa ke Malaysia.

“Saya rasa cukup-cukuplah nak berpolitik semua perkara walaupun kita bebas beri komen sebab beza pandangan politik, jika perbuatan baik kenapa tidak dihargai pula?” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN