Jabatan Imigresen tidak kompromi pegawai terlibat rasuah di pintu masuk negara

Jabatan Imigresen tidak kompromi pegawai terlibat rasuah di pintu masuk negara

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) tidak akan berkompromi apatah lagi melindungi mana-mana
pegawai yang terlibat salah guna kuasa dan rasuah sama ada di pintu masuk negara atau mana-mana pejabat imigresen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya ingin menyentuh mengenai penahanan lima orang pegawai JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Penahanan itu berikutan pegawai terbabit disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket yang membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

“JIM mengalu-alukan tindakan ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“JIM menegaskan tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta negara,” katanya hari ini.

Menurut beliau, tindakan dan hukuman yang berat akan diambil berdasarkan peruntukan
undang-undang sedia ada termasuk tindakan buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.

“JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai sentiasa berada di tahap maksimum.

“Kami juga mengalu-alukan orang awam untuk melaporkan salah laku Pegawai Imigresen
seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kesalahan tatatertib dan rasuah melalui
talian 03-8880 1246 atau melalui e-mel [email protected],” tegasnya.

Hari ini, SPRM mengesahkan empat penguat kuasa yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) ditahan reman selepas dipercayai rasuah membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN