Isu makin panas, Taeil dikeluarkan daripada NCT 127 - Utusan Malaysia

Isu makin panas, Taeil dikeluarkan daripada NCT 127

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Agensi bakat, SM Entertainment, mengesahkan penyanyi, Taeil atau Moon Tae-il bukan lagi ahli kumpulan NCT 127.

Keputusan itu dibuat selepas selebriti Korea Selatan itu didakwa terlibat dengan insiden gangguan seksual yang menggemparkan industri hiburan minggu lalu.

“Dakwaan Taeil melakukan jenayah seksual adalah tuduhan berat dan kami akhirnya membuat keputusan bahawa Taeil tidak boleh lagi meneruskan aktiviti bersama NCT.

“Kami juga sudah berbincang mengenai perkara ini bersama Taeil. 

“Buat masa ini, Taeil sedia memberi bekerjasama dengan pihak polis. Kami mohon maaf atas kontroversi yang ditimbulkan artis kami,” tulis agensi dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Balai Polis Bangbae, Seoul, mengesahkan ada menerima laporan gangguan seksual daripada seorang wanita bernama A.

Menurut mangsa, Taeil telah melakukan jenayah itu pada Jun 2024. 

Taeil sebelum ini merupakan artis dengan imej bersih mula menyertai kumpulan NCT 127 pada Julai 2016.

Setakat ini, NCT 127 telah mempunyai enam album studio, tujuh album mini dan belasan single sepanjang karier. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN