KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi ini bagi proses rakaman percakapan.
Ia berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut kelihatan hadir mengiringi beliau. – UTUSAN