'Israel setuju pelan gencatan senjata, harap Hamas pun sama'

‘Israel setuju pelan gencatan senjata, harap Hamas pun sama’- Blinken

ANTONY Blinken mengadakan pertemuan bersama Presiden Israel, Isaac Herzog di Tel Aviv.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersetuju dengan cadangan pelan gencatan senjata api Gaza yang dikemukakan AS.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Netanyahu yang berlangsung lebih dua jam di Tel Aviv, beliau menggesa Hamas juga melakukan perkara sama dengan bersetuju dengan pelan tersebut.

“Dalam pertemuan konstruktif bersama Perdana Menteri Netanyahu hari ini, beliau mengesahkan bahawa Israel menerima cadangan ini, ia beliau sokong.

“Sekarang Hamas perlu melakukan perkara sama (bersetuju) dan semua pihak dengan bantuan pengimbang tara iaitu AS, Mesir dan Qatar, mesti hadir bersama dan menyelesaikan serta mencapaikan kesefahaman seperti mana komitmen mereka terhadap perjanjian ini,” katanya seperti memetik laporan Reuters.

Blinken kini dalam misi ke Asia Barat termasuk Tel Aviv bagi memastikan rundingan gencatan senjata api tercapai dengan persetujuan antara Israel dan Hamas.

Meskipun AS optimis dengan pelan gencatan, namun Hamas dan Israel dilihat berdolak-dalik dan saling menuduh antara sama lain bahawa satu pihak dilihat cuba menggagalkan pelan.

Sebelum ini, Hamas mendakwa Benjamin menjadi batu penghalang pelan dan mahu cadangan dikemukakan AS dilaksanakan segera.

Manakala Israel dikatakan mahu membuat rundingan baharu, iaitu satu tindakan yang mendapat bantahan Hamas.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya