KAHERAH: Sebanyak 50 penduduk Gaza maut dalam tempoh 24 jam menerusi serangan udara oleh Israel di wilayah itu yang kononnya menyasarkan kumpulan Hamas, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin. Serangan kejam itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menamatkan lawatan terbarunya ke wilayah itu di sebalik perjanjian gencatan senjata masih menemui jalan buntu. Tentera Israel berkata, jet miliknya menyerang sekitar 30 sasaran di seluruh Semenanjung Gaza termasuk terowong, tapak pelancaran dan pos pemerhatian. Kemudian tentera Israel menyerang sebuah sekolah dan rumah berdekatan di bandar Gaza, membunuh sekurang-kurangnya empat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya