Inisiatif pekerja gig tarik golongan muda minat TVET- GPMS Inisiatif pekerja gig tarik golongan muda minat TVET- GPMS

Inisiatif pekerja gig tarik golongan muda minat TVET- GPMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan kerajaan menyediakan elaun khusus dan pembelajaran percuma kepada pekerja gig akan mendorong minat golongan muda melibatkan diri dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ahli Majlis Tertinggi GPMS, Azhar Zainal berkata, usaha itu meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran pekerja-pekerja gig  memandangkan sebahagian besar pekerja gig terdiri daripada golongan muda. 

Katanya, ia sekali gus dapat menjamin masa depan yang lebih baik kepada  mereka dan keluarga dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran.

“Inisiatif ini mendorong lebih ramai anak muda untuk terlibat dalam TVET sekali gus menjamin masa depan yang lebih baik buat mereka.

“GPMS mendapati ramai dalam kalangan pekerja ekonimi  gig adalah anak-anak muda yang tidak menyambung  pelajaran.  Namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka ini tidak mampu dari segi kewangan atau tidak berminat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam dilaporkan, kerajaan bercadang menyediakan elaun khu­sus dan pembelajaran percuma kepada pekerja ekonomi gig e-hailing dan p-hailing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dapat dilaksanakan segera selepas Rang Undang-Undang (RUU) ber­kaitan kebajikan pekerja gig dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet September ini, seterus­nya dibawa ke Parlimen pada Oktober depan.

“Terdapat satu program yang kita telah rancang di mana di samping mereka bekerja sebagai pekerja gig, kita mahu sediakan kursus upskilling dan reskilling dengan memberikan elaun dan pembelajaran percuma,” katanya.

 Azhar berkata, GPMS menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memberikan elaun dan pembelajaran secara percuma kepada pekerja gig. 

“Langkah ini dalam memastikan anak-anak muda yang terlibat dalam industri gig seperti e-hailing dan p-hailing tidak tercicir dan terus dibela harus disambut dan digerakan bersama dengan industri.

“GPMS juga turut menyambut baik cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang akan memantau hal ehwal kebajikan pekerja-pekerja gig di masa hadapan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya