Ibu muda bersama bayi usia 21 hari hadir meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024

Ibu muda bersama bayi usia 21 hari hadir meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024

NURUL Ain Kadir bersama suami, Koperal Shahrul Azri Rusli serta bayi mereka tiba di Dataran Putrajaya kira-kira pukul 1 pagi. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang ibu muda sanggup ‘langgar pantang’ apabila nekad membawa bayinya berusia 21 hari ke Dataran Putrajaya, di sini demi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Nurul Ain Kadir, 21, bersama suami, Koperal Shahrul Azri Rusli, 25, serta bayi mereka, Shafiya Adelia serta anak angkat, Muhammad Aidan Irfan, 5, tiba di Dataran Putrajaya, di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Nurul Ain berkata, dia nekad membawa bayi baru lahir demi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini biarpun masih dalam tempoh berpantang.

Katanya, ini adalah kali pertama dia dan suami menyambut sambutan Hari Kebangsaan dan kebetulan pula suaminya tidak bertugas sebagai anggota Kawalan Kehormat Utama (KKU) tahun ini.

“Suami saya terlibat sebagai anggota perbarisan KKU bagi empat kali sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini. Tapi tahun ini dia tidak terlibat sebab itu saya ajak dia ke sini.

“Alhamdulillah, anak kami tidak meragam dan terus tidur sebaik tiba di sini,” katanya ketika ditemui.

Shahrul Azri dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) Kem Perdana Sungai Besi berkata, dia sudah terlibat dengan KKU Hari Kebangsaan sejak mula bertugas lima tahun lalu.

“Tahun ini saya dapat pelepasan menyertai KKU dan tahun ini, saya dan isteri turun hari ini bagi merasai sendiri suasana sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Selain itu, rakan sekerja Shahrul Azri, Korperal Mohd shukery Mahayaludin, 30, berkata, dia juga pernah terlibat sebagai anggota KKU bagi sembilan kali sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini.

“Tahun ini, saya juga diberi pelepasan sama. Saya dan isteri, Amira Ahmad, 34, serta dua anak mengambil peluang ini untuk hadir memeriahkan sambutan sebagai penonton pula kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya