Ibu bapa remaja menyamar doktor dipanggil beri keterangan malam ini

Ibu bapa remaja menyamar doktor dipanggil beri keterangan malam ini

doktor
WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ibu bapa kepada remaja perempuan yang ditahan kerana menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis malam ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, ibu bapa remaja itu dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sekitar pukul 9 malam ini.

“Kebiasaannya, kalau ada tangkapan bawah umur ibu bapanya atau penjaga akan panggil (beri keterangan),” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, keadaan tubuh badan remaja itu yang lebih besar berbanding usia sebenar memudahkan suspek melakukan penyamaran.

Ditanya sama ada suspek akan dirujuk bagi pemeriksaan mental, Wan Kamarul Azran bagaimanapun tidak mengesahkan perkara itu sebaliknya perlu kepada siasatan lanjut.

“Kami masih menyiasat motif sebenar suspek menyamar sebagai doktor,” katanya.

Sementara itu, katanya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Sepang pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Terdahulu, Wan Kamarul Azran mengesahkan pihaknya telah menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di lobi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pagi tadi kerana menyamar sebagai doktor perubatan.

Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya