PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Johor, Sarawak serta Sabah sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu membabitkan kawasan Mersing di Johor; Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak serta Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut catatan di Facebook.-UTUSAN