Hujan boleh halang penampakan Supermoon di Malaysia

Hujan boleh halang penampakan Supermoon di Malaysia

IMEJ bulan Supermoon yang berjaya dirakamkan di perairan Sabah pada tahun lalu. - Foto ihsan media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hasrat para peminat astronomi tempatan menyaksikan kejadian bulan berada paling dekat dengan bumi atau Supermoon mungkin berlaku sedikit gangguan akibat faktor cuaca yang akan muncul esok.

Berdasarkan data yang disiarkan portal astronomi antarabangsa, Astropixels, fenomena itu dijangka terjadi tepat pukul 5.05 pagi GMT (kira-kira 12.05 tengah hari waktu Malaysia).

Bagaimanapun, ramalan cuaca diterbitkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengunjurkan ribut petir dan hujan lebat berlaku ketika kejadian Supermoon muncul pada 21 Ogos ini yang mana perigee atau jarak bulan dekat dengan bumi dianggarkan 361,970 kilometer dan merupakan Supermoon pertama kali muncul untuk rekod tahun ini.

Saintis global menamakan kejadian itu sebagai Supermoon Blue Moon dengan fasa bulan purnama bermula 19 Ogos pukul 6.26 petang GMT (20 Ogos 1.26 pagi waktu Malaysia).

Menurut pakar falak terkenal tanah air, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin, ketika fenomena ini muncul akan tampak dari bumi kelihatan 6.2 peratus lebih besar berbanding imej kelazimannya.

“Meskipun dinamakan sebagai Blue Moon, warna bulan itu bukannya bertukar menjadi kebiru-biruan tetapi sekadar rujukan panggilan diselaraskan seluruh dunia,” jelas beliau.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat (AS) pula melaporkan bulan diterangi 98 peratus pantulan matahari pada 18 Ogos lalu dan diterangi sepenuhnya 100 peratus pada malam ini.

Mereka yang terlepas menyaksikan Supermoon pada esok masih berpeluang melihat lagi pada 18 September nanti diikuti 17 Oktober dan terakhir bagi tahun ini pada 14 November. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN