Hentikan beban sekolah kutip derma, tambah peruntukan

Hentikan beban sekolah kutip derma, tambah peruntukan dalam belanjawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu melibatkan derma yang disalurkan kepada pihak sekolah mula mendapat tempat dalam negara kita semenjak kebelakangan ini.

Namun, perkara yang amat menghairankan ialah kenapa pihak sekolah perlu mencari atau mengharapkan derma?

Adakah duit peruntukan untuk sektor pendidikan seperti yang telah diumumkan melalui Belanjawan negara setiap tahun tidak mencukupi untuk menampung pengurusan sekolah selama ini? Sekolah tidak patut dibebankan dengan isu derma.

Sekolah sepatutnya memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha untuk mendidik pelajar.

Dalam Belanjawan 2024 pada tahun lalu misalnya sebanyak RM58.7 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan menjadikannya sebagai penerima peruntukan terbesar berbanding dengan sektor –sektor lain.

Sekiranya peruntukan ini disalurkan pada setiap sekolah, maka pihak sekolah tidak perlu bersusah payah mencari ataupun mengharapkan derma untuk sekolah mereka sekali gus memudahkan pihak sekolah untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mendidik para pelajar.

Soalan juga harus ditanya adakah peruntukan yang telah disalurkan melalui proses Belanjawan setiap tahun tidak mencukupi untuk tampung kos operasi setiap sekolah dalam negara kita?

Sekiranya peruntukan Belanjawan tahunan ini tidak mencukupi, berapa jumlah peruntukan sebenar yang diperlukan oleh setiap sekolah dalam negara kita?

Bagi menghentikan beban sekolah untuk mencari atau mengharapkan derma, kerajaan perlu menaikkan lagi peruntukan untuk sektor pendidikan pada sesi pembentangan Belanjawan 2025 yang akan datang dan seterusnya.

Melalui proses Belanjawan yang akan datang juga, pihak kerajaan harus memperuntukkan sejumlah wang bagi menambah baik proses pembelajaran dalam talian.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam pelaksanaan proses pembelajaran dalam talian namun kita tidak seharusnya mengetepikan proses pembelajaran dalam talian sepenuhnya dari arus sistem pendidikan negara kita.

 

Profesor Madya,Dr. Muzaffar Syah Mallow ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN