Hari Kebangsaan 2024: Model EV pertama Proton e.MAS 7 dipertonton

Hari Kebangsaan 2024: Model EV pertama Proton e.MAS 7 dipertonton

MODEL kenderaan elektrik (EV) pertama jenama automotif nasional, Proton e.MAS 7 dipertontonkan kepada umum pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama automotif nasional, Proton e.MAS 7 dipertontonkan kepada umum pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Model yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini itu tampil dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang.

Model itu menjadi sebahagian daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton termasuk model pertamanya, Proton Saga.

Proton yang kini berusia 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah perindustrian ekonomi negara.

MODEL kenderaan elektrik (EV) pertama jenama Proton e.MAS 7. – UTUSAN/AMIR KHALID

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang baru dilancarkan dua minggu lalu.

Proton e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama negara malah, ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely.

Proton dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, model EV itu dipertontonkan pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bagi membolehkan orang awam melihatnya dengan lebih dekat.

“Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN