Harga runcit petrol RON97, diesel turun 5 sen

Harga runcit petrol RON97, diesel turun 5 sen

ron97
Harga RON97 naik 3 sen.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 dan diesel masing-masing sebanyak 5 sen bagi tempoh bermula esok hingga 4 September ini.

Ekoran itu, harga runcit petrol RON97 turun kepada RM3.42 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun kepada RM3.18 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak.

Langkah ini, katanya, dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Sehubungan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism bagi tempoh tersebut.

“Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.

MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya