Hanya RM160 tukar lesen motosikal B1 dan B2 ke B penuh

Hanya RM160 tukar lesen motosikal B1 dan B2 ke B penuh

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemegang lesen motosikal Kelas B1 dan B2 yang aktif lebih 10 tahun boleh memohon lesen B penuh bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pemegang LMM Kelas B1 dan B2 yang berminat boleh mendapatkan LMM Kelas B dengan kos yuran hanya RM160 berbanding RM900 sebelum ini.

Beliau berkata, mereka yang berminat perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas selama dua jam di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan dan informasi pemanduan selamat.

“Syarat lain ditetapkan adalah pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.

“Malah, pemohon juga perlu melakukan pngesahan sihat tubuh badan, fizikal, minda secara deklarasi kendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan program khas peralihan itu namun, ia bukan dilaksanakan secara automatik sebaliknya perlu melepasi syarat-syarat ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN