Hampir separuh atau 72 usul tuntut pengampunan Najib

Hampir separuh atau 72 usul tuntut pengampunan Najib

Asyraf Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 daripada 131 usul dikemukakan perwakilan UMNO di seluruh bahagian menuntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Pre­siden UMNO yang sedang menjalani hukuman penjara, diberikan pengampunan.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika membentangkan laporan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam.

“Selagi Bossku (Najib) terpe­rangkap, suara dan ikhtiar UMNO tidak pernah berhenti, malah beri­lah kepercayaan dan keyakinan kepada kepemimpinan ter­tinggi.

“Justeru, saya memohon semua terus berjuang dan doa ini senjata kita. Semoga Allah lembutkan hati, membuka jalan terhadap pembebasan Datuk Seri Najib berlaku akhirnya, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau, kuasa bukan di tangan UMNO tetapi iman mereka tetap meyakini ­Allah pemilik hati semua manusia.

Asyraf turut memaklumkan jumlah terkini ahli UMNO adalah sebanyak 3,447,445 orang dengan pertambahan 46,055 ahli baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN