Hafiz Suip tidak cemburu dengan penyanyi baharu, percaya kerjaya ada turun naik - Utusan Malaysia

Hafiz Suip tidak cemburu dengan penyanyi baharu, percaya kerjaya ada turun naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hafiz Suip, 34, menepis tanggapan yang mengaitkan kehilangannya daripada dunia seni tanah air dengan rasa kecewa terhadap industri tersebut.

Kata Hafiz, dia hanya mengambil tempoh sementara untuk keluar daripada masalah peribadi yang dihadapinya, bukan terus meninggalkan dunia seni kerana berkecil hati.

“Saya tidak pernah tinggalkan dunia seni, cuma ambil sedikit tempoh untuk berehat.

“Kita semua ada masalah masing-masing, begitu juga dengan saya. Jadi saya ambil sedikit masa untuk mencari ketenangan.

“Dewasa ini memang saya agak kurang menonjol, tetapi tidaklah terus menghilang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hafiz menjelaskan mengenai ketiadaannya dalam dunia seni tempatan beberapa tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Hafiz tidak menolak peningkatan usia menjadi antara punca perjalanan karier nyanyiannya semakin perlahan.

“Bukanlah saya kata saya sudah betul-betul tidak relevan. Hakikatnya, nama saya sedikit sepi disebabkan semakin ramai penyanyi baharu.

“Penyanyi sedia ada pun semakin lama, semakin memperlahankan kerjaya. Tenaga dan kemampuan tidak lagi seperti dulu.

“Dan tak ada istilah cemburu dengan penyanyi baharu. Turun naik itu lumrah kehidupan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya