Hafiz Suip bermaafan selepas bergaduh di jalan raya - Utusan Malaysia

Hafiz Suip bermaafan selepas bergaduh di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enggan memanjangkan persengketaan membuatkan penyanyi, Hafiz Suip, bertindak memohon maaf dengan seorang individu selepas insiden pergaduhan di jalan raya, semalam. 

Dalam sebuah video di aplikasi TikTok, memaparkan penyanyi Awan Nano itu bersalaman dengan seorang lelaki sebelum masing-masing saling berpelukan.

“Saya marah pak cik. Saya mengaku saya juga ada buat salah.

“Saya minta maaf,” kata Hafiz ringkas. 

Video tersebut dipercayai dirakam oleh saksi kejadian, Uthman Daud yang turut menjelaskan tiada lagi salah faham antara mereka berdua. 

“Alhamdulillah, berdamai lebih baik dan masing-masing mengaku kekhilafan sesama sendiri,” kata Uthman.

Terdahulu, pada petang Jumaat, tular sebuah video memaparkan Hafiz didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki di sebatang jalan raya di Sarawak.

Keadaan itu berpunca daripada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang individu mencetuskan provokasi. 

Mereka kemudian keluar dari kereta masing-masing sebelum pemandu berkenaan menyembur cecair pemedih mata ke arah Hafiz. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya