‘Habis’ RM300 setiap kali mahu keluar wang

‘Habis’ RM300 setiap kali mahu keluar wang

PENDUDUK Pulau Redang, Terengganu memerlukan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk urusan harian di pulau tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hampir 3,000 penduduk Pulau Redang di sini merayu pihak berwajib supaya menyediakan kemudahan me­sin pengeluaran wang automatik (ATM) di pulau peranginan tersebut.

Pemandu bot pelancong, Zaki Ya, 51, berkata, ketiadaan ATM di pulau peranginan itu menyukarkan urusan harian penduduk sejak sekian lama.

Katanya, keluhan dan permintaan penduduk telah dipanjangkan kepada pihak berkaitan termasuk bank sejak lebih enam tahun lalu, namun tiada penyelesaian.

“Penduduk yang ingin menggunakan kemudahan ATM terpaksa ke tanah besar iaitu bandar berhampiran seperti Merang atau Batu Rakit.

“Wakil kami sudah memohon agar diwujudkan kemudahan ATM di dalam kampung ini bukan sahaja untuk kegunaan penduduk pulau, malah pelancong.

“Difahamkan pihak bank memberi alasan bilangan penduduk tidak memenuhi kuota untuk mereka memberi kemudahan itu tetapi kami sangat memerlukannya. Jika tidak, kami perlu bayar tambang bot dan kos-kos lain mencecah RM300 setiap kali ingin menggunakan kemudahan ATM di bandar berdekatan,” katanya semalam.

Seorang lagi penduduk, Sulaiman Jaafar, 64, berkata, ATM adalah keperluan mendesak walaupun transaksi tanpa tunai boleh dibuat di majoriti premis di pulau itu.

Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, tidak semua penduduk mampu untuk mengeluarkan modal ke bandar semata-mata mahu mengeluarkan wang tunai.

“Ada wakil penduduk yang mengambil upah untuk tolong ambilkan duit dari ATM di bandar Merang dengan caj RM30 bagi setiap RM1,000 yang dikeluarkan,” katanya.

“Tidak boleh salahkan dia kerana dia yang mengharungi perjalanan bot hampir sejam dan pergi ke bandar untuk mengeluarkan duit milik penduduk Pulau Redang. Jika kami pergi sendiri, kos bot pergi balik, makan minum dan sewa kenderaan atau e-hailing menelan belanja hampir RM300 setiap kali mahu keATM,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya