gempa

Gempa bumi Syria: Tiada rakyat Malaysia terjejas

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan kejadian gempa bumi di timur bandar Hama, Syria semalam.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria, sedang memantau rapi perkembangan bencana itu dengan magnitud 4.8 yang berlaku pada pukul 11.56 malam waktu tempatan.

Menurut Wisma Putra, gegaran telah memberikan kesan kepada Syria dan Lebanon dan turut dirasai sejauh Jordan dan Türkiye.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan semasa.

“Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Wisma Putra, rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar keberadaan mereka adalah amat digalakkan berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lebanon dan sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya