Gagal laksana pakej umrah:  Pasadana kena pulang wang RM281,200 kepada 37 pelanggan Gagal laksana pakej umrah:  Pasadana kena pulang wang RM281,200 kepada 37 pelanggan

Gagal laksana pakej umrah:  Pasadana kena pulang wang RM281,200 kepada 37 pelanggan

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pengendali umrah dan pelancongan, syarikat Pasadana Travel & Tours Sdn. Bhd. diperintah memulangkan wang berjumlah RM281,200 kepada 37 orang pelanggannya kerana gagal menguruskan pakej umrah `Al Falah’, dua tahun lalu.

Dengan keputusan itu, setiap individu mendapat semula bayaran RM7,600 selepas syarikat itu gagal menguruskan perjalanan ke Mekah dan Madinah bagi pakej umrah pada 2022 seperti yang dijanjikan.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan menolak rayuan Syarikat Pasadana untuk mengetepikan penghakiman terus yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.  Ia bagaimanapun mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Rosli Yusoff   berpuas hati, pembelaan perayu bukan sahaja tidak bermerit, malah syarikat itu secara jelas mengakui tuntutan responden agar bayaran pakej umrah itu dipulangkan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan rayuan Md. Hilmi Zakaria iaitu wakil syarikat berkenaan untuk mengetepikan penghakiman terus terhadapnya.

Kesemua individu sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada 14 Disember 2022 namun dibatalkan dan penerbangan baharu ditetapkan pada 20 Februari 2023. Penerbangan itu juga dibatalkan manakala tarikh lain ditetapkan pada 2 Mac 2023, tarikh itu turut dibatalkan.

Responden-responden kemudian menuntut pemulangan wang namun perayu gagal menjelaskannya yang membawa kepada tindakan guaman itu.

Menurut perayu, pihaknya telah membuat tempahan tiket kapal terbang, penginapan hotel, visa dan lain-lain melalui sebuah syarikat pelancongan lain.

Syarikat Pasadana menyatakan, pihaknya gagal memulangkan wang yang telah dibayar kerana ia dipegang secara salah oleh syarikat itu yang menipunya.

Ujar perayu, pihaknya gagal mendapatkan tiket penerbangan, hotel dan visa kerana diberikan perincian penerbangan palsu.

Dalam keputusannya, Mohd. Rosli menyatakan, pembelaan perayu bahawa pihaknya tidak dapat memulangkan wang kerana ia dipegang oleh syarikat berkenaan, adalah alasan semata-mata.

Mahkamah berpendapat, sebarang urusan atau persetujuan di antara perayu dan syarikat itu berkaitan pelaksanaan pakej umrah, tidak melibatkan responden-responden kerana mereka bukan pihak atau `privy’ kepada persetujuan yang dicapai.

“Sebarang masalah yang timbul di antara Pasadana dan syarikat itu sama ada ia telah menipu atau memegang wang secara salah, harus diselesaikan tanpa melibatkan responden-responden.

“Mereka telah melaksanakan tanggungjawab membuat bayaran sepenuhnya, maka perayu perlu menunaikan obligasi dengan menyediakan pakej umrah seperti yang dijanjikan,” ujar beliau dalam alasan penghakiman bertarikh 21 Ogos lalu yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini.

Mohd. Rosli turut menyentuh dakwaan perayu ditipu dengan merujuk kes BIG Industrial Gas Sdn. Bhd., walhal mahkamah berpendirian perayu tersalah faham berkaitan konsep dan pemakaian prinsip kekecewaan kontrak.

Menurut beliau, prinsip dalam kes BIG Industrial  Gas berkaitan kekecewaan kontrak hanya terpakai dalam situasi yang mana pelaksanaan kontrak berlaku di luar kawalan kedua-dua pihak.

“Contoh jelas adalah apabila semua penerbangan antarabangsa dibatalkan kerana penularan Covid-19 tidak lama dulu, penularan wabak ini di luar kawalan pihak-pihak yang berkontrak.

“Bagaimanapun, keadaan di luar kawalan ini tidak berlaku dalam kes ini.  Apa yang berlaku adalah akibat kecuaian atau kesilapan perayu memilih syarikat berkenaan yang tidak berjaya melaksanakan pakej umrah tersebut,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN