Foto sekitar majlis ijab kabul puteri sulung Al-Sultan Abdullah

Foto sekitar majlis ijab kabul puteri sulung Al-Sultan Abdullah

Tengku puteri afzan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kami kongsikan foto menarik yang diambil dari platform X House of Pahang sempena majlis ijab kabul Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar malam tadi.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitiskan air mata pada majlis ijab kabul anakanda baginda.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja itu berlangsung dengan penuh istiadat perkahwinan diraja Pahang di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan istiadat diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, anakanda dan menantu dengan mengenakan persalinan berwarna kuning diraja.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeluk anakanda baginda penuh kasih sayang.

Majlis turut dihadiri 110 jemputan khas dan kerabat bergelar, ahli keluarga serta teman rapat.

Al-Sultan Abdullah berkenan memberi izin kepada Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim untuk mewakilkan baginda mengakadnikahkan Tengku Puteri Raja disaksikan Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah sebagai saksi pertama, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah sebagai saksi kedua, dua saksi dari pihak pengantin lelaki dan seluruh hadirin.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama kerabat dan ahli keluarga yang hadir.

Istiadat akad nikah bermula sekitar pukul 8.50 malam dengan bacaan surah al-Fatihah, lafaz syahadah dan bacaan khutbah nikah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN