MANILA: Filipina mengesan kes baharu cacar monyet atau Mpox di negara itu, sekali gus menjadi jangkitan pertama sejak Disember lalu. Menurut Jabatan Kesihatan negara itu, pihaknya sedang menunggu keputusan ujian sebelum dapat menentukan varian. Menurut jabatan itu, pesakit itu adalah lelaki Filipina berusia 33 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan di luar Filipina. “Kami sedang menunggu keputusan penjujukan dan akan mengemas kini sebaik sahaja tersedia,” kata jurucakapnya Albert Domingo ketika ditanya mengenai varian berkenaan. Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya