FB Ustaz Azhar Idrus 'hilang' sebab masalah teknikal

FB Ustaz Azhar Idrus ‘hilang’ sebab masalah teknikal

USTAZ AZHAR IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Kehilangan’ laman Facebook milik penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus semalam berpunca daripada masalah teknikal bukannya berkaitan pihak ketiga.

 

Perkara itu disahkan pasukan media Azhar selepas laman Facebook penceramah dari Terengganu itu sudah Kembali boleh diakses oleh pengikut pada jam 10.40 malam semalam.

 

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, pasukan media Azhar berkata, ia berpunca daripada masalah teknikal sepenuhnya.

 

“Kami ingin menjelaskan masalah yang berlaku adalah sepenuhnya disebabkan oleh isu teknikal dan tiada kaitan dengan pihak ketiga.

 

“Kami berharap agar semua pihak dapat menghentikan segala spekulasi dan perspektif yang tidak tepat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

 

Semalam, laman Facebook rasmi Azhar yang mempunyai kira-kira 2.6 juta pengikut didakwa ‘hilang’ sehingga mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.

 

Beberapa pihak juga menuduh kerajaan bertanggungjawab atas ‘kehilangan’ laman Facebook penceramah popular tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya