Ebit Lew minta buka semua pakaian - Pengadu

Ebit Lew minta buka semua pakaian – Pengadu

EBIT Lew semasa menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pengadu yang juga saksi kesembilan memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa perbuatan Ebit Lew meminta melayan nafsu seksualnya telah mengaibkannya sebagai seorang perempuan.

Malah, Ebit turut memperdaya dan memaksanya untuk menunjukkan bahagian badan tetapi dia tidak mengikut semua kehendak Ebit.

Permintaan tersebut dibuat melalui perbualan antara dia dan Ebit semasa panggilan telefon selama 44 minit. Pengadu turut mengakui memang berbual dengan Ebit sepanjang tempoh 44 minit berkenaan.

“Masa ini saya ingat dia cakap rindu dan ingin meminta saya melayan kehendak seks dia. Saya ada bercakap dengan dia, kalau rindu beritahu isteri tetapi dia cakap, kalau kamu rindu, kamu mahu atau tidak cakap dengan suami kamu.

“Seperti biasa, dia beritahu tentang kemahuan seks dia. Bagi saya, dia mengaibkan saya sebagai seorang perempuan sebab minta saya layan nafsu seks beliau,” katanya semasa sesi pemeriksaan balas.

Dalam keterangannya, pengadu memberitahu, dia tidak membuka pakaian seperti diminta oleh Ebit sepanjang perbualan tersebut tetapi dalam tempoh 44 minit itu, Ebit turut menceritakan tentang ketidakpuasan hati dia terhadap isteri, sebab itu perbualan tersebut menjadi lama.

Pengadu tidak bersetuju dengan soalan peguam Datuk Ram Singh yang menyatakan pengadu berbual tentang seks dan tidak cuba menamatkan panggilan telefon berkenaan.

Katanya, dia membuat keputusan untuk mendengar sahaja apabila Ebit bercerita perihal seksual.

Dia tidak rasa bersalah untuk mendengar apa yang diceritakan kerana pada ketika itu dia rasa ingin tahu.

“Untuk panggilan itu saya setuju sebab saya ingin tahu kenapa Ebit Lew teks yang beratus-ratus WhatsApp lucah. Jadi, saya ingin tahu,” katanya.

Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin manakala Ebit selain diwakili Ram, juga peguam Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Prem Elmer Ganasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya