Durian segar mula dieksport ke China

Durian segar mula dieksport ke China

ANTHONY Loke (tengah) bersama Arthur Joseph Kurup (empat kiri) ketika gimik pelancaran pengeksportan pertama durian segar Malaysia ke China di Kargo Terminal KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setelah dua bulan pemeteraian perjanjian, Malaysia mula mengeksport durian segar ke China melalui penerbangan kargo terus ke Zhengzhou Xinzheng.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup pada berkata, buat permulaan sebanyak 40 tan metrik dieksport melalui tiga fasa dengan penghantaran kumpulan pertama seberat 15 tan metrik bermula hari ini.

Beliau berkata, penghantaran seterusnya sebanyak 15 tan metrik pada esok, manakala baki 10 tan lagi pada lusa untuk pasaran sekitar ibu kota Beijing, selain bandar-bandar besar iaitu Shanghai, Shenzhen Guangzhou dan Nanning.

“Kementerian berharap langkah ini akan membantu pekebun dalam meningkatkan eksport kerana China merupakan pengimport kelapan terbesar durian dari negara kita,” katanya di terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Duta Besar China, Ouyang Yujing turut hadir meninjau penghantaran itu melalui pesawat China Central Airlines selepas Malaysia dan China memeterai Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Durian Segar susulan lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia pada 19 Jun lepas.

Sebelum ini, Malaysia hanya diberikan akses pasaran eksport ke China dalam bentuk ulas dan pes bermula pada 2011 manakala durian sejuk beku pula dibenarkan sejak 2018 lalu.

Arthur berkata, sebagai permulaan, sebanyak lapan syarikat masing-masing dari Selangor, Pahang dan Johor menjadi perintis pasaran eksport itu dengan jenis durian ialah Musang King, Black Thorn, IOI dan D24.

Kesemua mereka katanya, dipilih menerusi pemeriksaan ketat dilaksanakan oleh Jabatan Pentadbiran Am Kastam China termasuk standard kawalan perosak dan kualiti penuaian.

Usaha itu juga tambah beliau, selaras misi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menyasarkan 1,000 tan durian dijual di China sepanjang tahun ini dengan langkah penghantaran ini lebih awal berbanding dijadualkan pada Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya