DUN Mahkota: UMNO utamakan calon kriteria `WALI’

DUN Mahkota: UMNO utamakan calon kriteria `WALI’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan mengutamakan calon yang mempunyai kriteria ‘WALI’ untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kriteria ‘WALI’ itu merujuk kepada Winnability (boleh menang), Acceptability (kebolehterimaan) dan Likeability (disenangi).

Katanya, keutamaan juga akan diberikan kepada muka baharu, namun sama ada individu itu daripada sayap Pemuda atau Wanita, ia akan ditentukan kemudian secara seimbang.

“Kita telah menerima senarai daripada Bahagian dan Perhubungan UMNO negeri, semuanya akan dipertimbangkan dan kita masih mempunyai pendekatan ‘WALI’, itu dijadikan sebagai kriteria utama untuk pemilihan calon di Mahkota,” katanya pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia di sini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN