BUKIT MERTAJAM : Dua lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar Seberang Jaya, Isnin dan Selasa lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, hasil penahanan suspek yang masing-masing berusia 22 dan 33 tahun itu, polis kemudian menjumpai dan merampas 20 ketulan mampat daun kering disyaki ganja yang dibungkus dalam plastik lutsinar. Katanya, ganja seberat 20,431 gram bernilai RM74,930 itu ditemukan tersorok di bahagian belakang sebuah kereta di situ. “Hasil risikan mendapati, aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya