Dua didapati bersalah skandal gelapkan dana RM7.81 bilion 1MDB

Dua eksekutif didapati bersalah skandal gelapkan dana RM7.81 bilion milik 1MDB

1MDB mendedahkan Bank BSI gagal bertanggungjawab melaksanakan arahan Brazen Sky dalam pengendalian akaun pada Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELLINZONA: Dua eksekutif di sebuah syarikat cari gali minyak didapati bersalah atas tuduhan menggelapkan lebih AS$1.8 bilion (RM7.81 bilion) daripada dana pelaburan negara Malaysia 1MDB.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland hari ini, seperti dilaporkan Reuters.

Keputusan itu adalah episod terbaru dalam skandal 1MDB, kisah kompleks rasuah antarabangsa yang telah melanda banyak institusi kewangan dan individu di seluruh dunia sejak dakwaan salah laku pertama kali muncul pada 2015.

Pendakwa raya mendakwa bahawa warga Switzerland-British Patrick Mahony dan Swiss-Saudi, Tarek Obaid, membantu menubuhkan usaha sama dengan 1MDB dengan mewujudkan tanggapan bahawa syarikat mereka, PetroSaudi, disokong oleh kerajaan Saudi.

Perkembangan itu menyaksikan Obaid dikenakan hukuman penjara tujuh tahun manakala Mahony pula enam tahun.

Tertuduh berjaya memujuk lembaga pengarah 1MDB untuk mendaftar ke skim itu pada 2009 sebelum meneruskan penipuan dana itu, kata pendakwa raya.

Sebelum ini, Ketua eksekutif PetroSaudi, Obaid, 48, dan Mahony, 47, pengarah di syarikat carigali dan pengeluaran minyak Arab Saudi, dituduh terbabit dalam penyelewengan mega yang didalangi oleh Jho Low, penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.   

Dalam perbicaraan yang didengar tiga hakim di mahkamah di bandar Bellinzona, April lalu pendakwa raya Switzerland memohon hukuman penjara yang tinggi untuk kedua-dua lelaki itu.

Agensi berita Keystone-ATS yang melaporkan perbicaraan itu berkata, pendakwa raya Alice de Chambrier menggelar penyelewengan itu sebagai ‘penipuan abad ini’ apabila membandingkan jumlah kerugian dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

Beliau turut menggelar defendan sebagai ‘kalkulatif, manipulatif dan sangat tamak’.

Beliau memohon hukuman penjara 10 tahun untuk Obaid dan hukuman penjara sembilan tahun untuk pembantu kanannya, Mahony.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN