Draf MoU Pembangkang: Tiada maklum balas setakat ini - Fadillah

Draf MoU Pembangkang: Tiada maklum balas setakat ini – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak pembangkang mengenai draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan untuk Ahli Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, maklum balas mengenai MoU itu sepatutnya dijelaskan oleh pembangkang sendiri.

“Tanya pembangkang, belum dapat lagi (MoU) belum dapat respon daripada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis TVET Competent Suruhanjaya Tenaga (ST), di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan sudah mendapat draf MoU itu.

Takiyuddin dilaporkan berkata, PN dilaporkan akan mengemukakan draf MoU itu kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pimpinan lain untuk membuat keputusan.

Pada 3 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dilaporkan berkata, draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang sudah siap dan sedia diserahkan kepada Takiyuddin.

Katanya, sebuah jawatankuasa bersama antara kerajaan dan pembangkang akan ditubuhkan, jika PN bersetuju dengan perjanjian dalam draf itu.

Draf MoU itu menyusul kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu bahawa isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit untuk diselesaikan.

Menurutnya, syarat ditetapkan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN