Dr Mahathir hairan pelaku simbah asid Faisal Halim belum ditahan

Dr Mahathir hairan pelaku simbah asid Faisal Halim belum ditahan

MAHATHIR Mohamad berasma Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bergambar kenangan bersama para tetamu yang hadir selepas program Bicara Merdeka - Masa Depan Islam dan Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ‘pelik’ kerana sehingga kini pelaku yang terbabit menyimbah asid kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim masih belum ditangkap.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga hairan kenapa kes itu tidak selesai sehingga ke hari ini.

“Ada orang yang simbah asid kepada seorang pemain bola, tak ada selidik siapa yang buat dan ambil tindakan kepada orang yang buat.

“Jadi tak ada (tiada tindakan). Kadang-kadang kerajaan macam ini tidak boleh nak jalankan tugas mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemui pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain Selangor FC itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Pada 5 Mei lalu, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.

Dr Mahathir adalah antara kenamaan yang menziarahi Faisal di kediamannya di Shah Alam pada 22 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN