Doktor pelatih dibunuh, dirogol, ribuan lancar mogok

Doktor pelatih dibunuh, dirogol: Ribuan pegawai Kesihatan di India lancar mogok

AKTIVIS dan profesional perubatan membantah untuk mengutuk rogol dan pembunuhan seorang doktor muda di Kolkata pada 12 Ogos 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: Ribuan doktor di seluruh bandar utama di India termasuk ibu negara New Delhi, mengadakan mogok semalam susulan satu kejadian rogol dan bunuh membabitkan seorang doktor pelatih wanita di sini minggu lalu.

Mangsa yang berusia 31 tahun, ditemui mati di sebuah hospital kerajaan terbesar di Kolkata, Jumaat lalu dengan kecederaan parah dan laporan bedah siasat menunjukkan bukti keganasan seksual.

Ekoran kejadian itu, golongan doktor melancarkan mogok di hospital-hospital kerajaan, menuntut langkah keselamatan yang lebih baik untuk petugas kesihatan.

Bantahan oleh doktor semalam merebak ke hospital-hospital kerajaan di negeri Bengal Barat, dengan doktor-doktor menyatakan bahawa mereka akan melancarkan mogok selama sehari.

“Sebagai doktor residen, kami berada di barisan hadapan dan berurusan dengan banyak pesakit yang membuatkan kami terdedah kepada serangan sama.

“Situasi itu amat menakutkan kami. Kami mahu hak kami dibela. Kami menggesa kawalan keselamatan dipertingkatkan,” kata Naib Presiden Persatuan Doktor Residen India (FORDA), Dr Rajat Sharma kepada portal berita DW.

Menurut tinjauan oleh Persatuan Perubatan India, kira-kira 75% doktor di India pernah mengalami beberapa bentuk keganasan.

Keganasan seksual terhadap wanita merupakan masalah besar di India.

Biro Rekod Jenayah Negara melaporkan, purata 86 kes rogol dan 49 kes jenayah terhadap wanita didaftarkan setiap jam pada tahun 2021. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN